16 Nov 2019

Mom’s talk | First time i being a mom | Gigi dan Demam

Apa kaitan bayi tumbuh gigi dan demam??

      Lama juga Anna tak muncul untuk berblog-in ni. Terlalu banyak benda nak kena selesaikan. Biasalah masalah akan datang tanpa dirancang. Now, anak Anna pun dah 1years 3days. Eh! Baru lebih 3 hari jeeee.... Hari tu baru je kitorang sambut birthday dia. Seronok dia!! Macam-macam hadiah dapat. Walaupun kitorang tak mampu nak sambut birthday dia macam anak orang lain, but kami bersyukur dengan apa yang ada. ALHAMDULILLAH!!

      Jadi, apa kaitan dengan tajuk yang Anna nak buat ni?? Eceh! Sejak dah jadi makmak ni, Anna ni asik nak buat post yang berkaitan dengan parenting.

      By the way, mereka yang merancang untuk berkahwin dan mempunyai anak perlu tau ada ilmu ni semua. So, that, dengan easy dia nak menghadap masalah-masalah cincau macam ni. Kenapa cincau?? Yelah.... cincau kan macam easy made gituuu.. AHACK!!

      Meh Anna nak cerita tentang Syifaa. My princess. Makin mereka membesar makin banyak celotehnya. Well! Setiap parenting mesti mengalami different parenthood situation kan. So do I! Pengalaman yang orang kata agak memenatkan but berkualiti juge la. Since she 3 days until now, jarum, Hospital, and klinik is her second thing in her life. Hopefully lepasni takde dah lah!

       Masa Syifaa umur 6 month old plus plus macam tu kan, it's quite hard jugelah. Yelah, masa tu dia dah start nak pusing and so on. Ouh By the way, dia pernah jatuh katil ya. My bad! My bad! Jadi masa dia umur 6 month ++ tu, dia da start nak teething gitu. Even bile breastfeed pun kau akan bercinta dengan dia. So, untuk masalah tumbuh gigi dan demam anak kecil ni adalah pengalaman berbeza untuk makmak ya. Sedia maklum!! Untuk pengalaman Anna, my Syifaa is more to gigit gigit gusi, gigit jari and munching without food in her mouth. Puting botol susu selalu jadi mangsa but nasiblah tak pernah rosak. Usually lepas dia minum susu, dia akan campak botol tu atau Anna akan cepat-cepat meminta dari dia. Then ada satu benda yang Anna perasan. She'll having fever and crying all day long. But bukan selalulah. Setiap malam untuk 3-4 hari adalah wajib untuk dia meragam. Demam jangan cakaplah, memang alwasy tinggi sampai kena pergi klinik and makan antibiotik.

    Ni Anna share gejala dan simtom untuk bay yang mengalami teething.

Berikut adalah gejala umum yang sering dialami oleh bayi yang sedang mengalami sindrom tumbuh gigi:
  • Mudah marah dan rewel
  • Tidur terganggu
  • Gusi menjadi bengkak
  • Air liur menjadi banyak
  • Ruam dan merah di sekira mulut
  • Bayi sering menggosok gigi atau wilayah telinganya, sebagai akibat rasa sakit yang muncul
Tapi ternyata, hanya gejala-gejala tersebut saja yang akan muncul dan berkaitan dengan sindrom tumbuh gigi pada bayi. Jika bayi Anda mengalami gejala lainnya seperti di bawah ini, maka Anda harus waspada dan segera membawanya ke dokter:
  • Demam
  • Diare
  • Pilek dan batuk
  • Rewel berkepanjangan
  • Ruam di seluruh tubuh

       So, mana ibu bapa yang mengalami simtom yang berbeza janganlah merasa pelik. Bertenang dan cuba bawa bayi korang ke klinik sekiranya demam melebihi tiga hari tau!

Enjoy reading!! byeee

15 Nov 2019

Comeback giveaway by Farah Farhana


Assalamualaikum.....

Lama juge Anna tak muncul dekat sini. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Blog pun semakin sendu. Kebetulan nampak giveaway Hana ni. So, I amik peluang untuk join. ^^ By the way, nama kita sama. Nama I Farhanah <3. 


I Tag


Jom join segment ni!! Kira kita support kawan-kawan alam maya juge la untuk memeriahkan suasana ni.

Salam berkenalan semua ^^

25 Sept 2019

Cerita Hantu / Pengalaman bersama hantu

Hai!!!

Maaf sebabnya always tak ada masa nak update blog ni. MasyaAllah! Sebab itulah senyap berkali-kali tau!

Well.....selalunya Anna akan kongsi berkenaan dengan Mom's talk, pasal benda -benda lain kan. Harini terasa nak konsgi pengalaman Anna bila kena kacau dengan entiti yang tidak akan mudah dikesan dengan mata kasar.

Anna yakin, mesti kebanyakkan didalam ni ada pengalaman dengan entiti ni. Jom share pengalaman korang dekat komen. Nak tahu gak, sejauh mana dahsyatnya pengalaman korang.


Cerita part 1.

Ingat lagi masa kecil-kecil, Anna mesti akan ditemani budak kecil.Dulu Anna tak reti nak bezakan yang real dengan tidak. Tapi, yang pasti, asal lepak dalam bilik je mesti budak comel tu datang teman Anna. One day, bila cerita dekat mak, dia marah. Dia cakap :

"KAU JANGAN NAK MEREPEK BOLEH?"

Masa tu Anna baru je kehilangan ayah Anna. So, benda tu macam quite scary bagi mak Anna. Then, after a month macam tu kot..... ada ustaz datang recite dekat rumah Anna. Dia cakap biasalah benda nak menumpangkan dah tu plak bilik store letak barang and kosong, lagilah dia suka bersarang.

-The End-


Cerita part 2.

Ingatkan lepas ustaz tu dah recite kira settle dah kan. But NO!

Ada sekali tu, esoknya Sabtu cuti, so kitorang diberi kelonggaran untuk tengok TV until midnight. Astro masa tu semua benda free tau. best giler! Rasanya masa tu umur Anna dalam belasan kot.So, tengah syok tengok realiti show China, tetibe macam nampak orang tengah solat. Anna pun pandanglah. Ingatkan bayang-bayang atau imaginasi... Rupanya betulllll..... REAL WEYH!
Pastu cepat-cepat Anna tutup TV and masuk bilik tidur. Esoknya Anna try tengok sejadah dekat bilik tu. YEAP! Terselak sikit dengan bahagian atas sejadah. *Kitorang biasa akan tutup sejadah lipat dua*.

Lepastu cerita dekat mak Anna, dia macam tak percaya. Dia cerita dekat kawan dia. And diorang asked me. Anna pun ceritala....

"Orang tu solat, pakai jubah putih ada serban. Dia solat tapi tak toleh pun."

then semua senyap!

-The End-

Ada lagi tapi nantilah sambung lagi...hewhew...ni pun dah rasa seram sejuk dah.

21 Aug 2019

Mom’s talk | First time i being a mom | Congenital Disease

Mom’s talk | Congenital disease

Apa itu congenital disease or disorder.

Kebanyakkan budak yang baru dilahirkan adalah sihat tanpa sebarang masalah kesihatan tetapi some ada yang unfortunate mesti akan develope something yang diluar jangkaan. Mungkin disebabkan oleh keturunan atau persekitaran dan impact pada kanak-kanak tersebut mungkin boleh jadi yang ringan atau yang berat. Kanak-kanak dengan congenital disorder mungkin mengalami masalah kecacatan atau kesihatan sepanjang hayat.

Antara congenital disorder :
  • Cleft lip and cleft palate
  • Cerebral palsy
  • Fragile X syndrome
  • Down Syndrome
  • Spina bifida
  • Cystic fibrosis
  • Heart condition 
Ini antara contoh-contoh untuk congenital disorder. Namun harini Anna nak share pengalaman mempunyai anak dengan congenital disorder iaitu Heart Condition. 

Apa tu congenital heart defect??

Yes! Ramai yang tak tahu apa dia ni. And infact, kadang-kadang kita tak sedar pun sebenarnya anak kita salah satu yang ada masalah ini. Anna lah salah seorangnya.

Congenital heart defect ni masalah yang terdapat pada jantung. Antara problems yang mungkin ada is involve in the wall of the heart, it can be valves of the heart and the arteries and veins of the heart. Macam anak Anna, dia mengalami masalah dimana terdapat lubang pada dinding yang memisahkan upper chamber jantung.
Kalau mengikut apa yang di ceritakan oleh doktor, 
Untuk kes Syifaa, kadang-kadang lubang akan membesar dan tidak tutup dan memerlukan rawatan seperti operation atau mungkin boleh tutup tetapi ia akan slowly tutup mengikut usia. Depends juga , kata orang ikut nasib. Alhamdulillah masa first time checkup dekat HKl, doktor kata lubangnya mengecil. Nanti ada next checkup hopefully it’s a good news.

Okay sambung balik, nak handle Syifaa is not easy. She is a baby with ASD. Masa umur Syifaa 2 bulan baru dapat detect masalah ni. Sebelum detect rupanya memang ada simtom cuma tak perasan . Antara simtom adalah, Syifaa semakin susut and kurus seakan-akan seperti kwarshioko kids. Perut membuncit besar sebelah. Kulit tak cantik pun. Nafas laju. Mujurlah tiada sebarang shortness of breath and membiru pada hujung kuku. Sebab ni antara serius cases of hole in the wall. 

Actually antara sign and simtom hole in the heart is:
  • Frequent respiratory or lung infections
  • Difficulty breathing
  • Tiring when feeding (infants)
  • Shortness of breath when being active or exercising
  • Skipped heartbeats or a sense of feeling the heartbeat
  • A heart murmur, or a whooshing sound that can be heard with a stethoscope
  • Swelling of legs, feet, or stomach area
  • Stroke
*Credit to cdc.gov from google *

So, Syifaa ada develope antara sign and simtom diatas cumanya tak seteruk yang disangkakan. Masa tu, Syifaa diwajibkan untuk warded sebab doktor nak tahu punca-punca dan selain masalah ASD apa lagi yang dia develope. Alhamdulillah cuma masalah itu sahaja. Antara diagnosis sepanjang warded is ambil darah, ambil darah tu tak tahulah nak kata, mesti Anna diri jauh-jaruh tak nak dengar dia menjerit, tunggu appointment for Echocardiogram, dan minum susu formula mengikut sukatan diberi sebab Syifaa mengalami kekurangan berat badan yang serius. Masa warded, berat dia tak pernah lebih dari 2.7kg sedangkan masa tu umurnya dah 2 bulan. And doktor pakar sarankan pemberian susu premium. Anna pilih Enfalac sebab Syifaa hanya boleh terima susu ni je. *sobsobs. Mahal tau. 600gm sepeket Rm77 kalau tak silap. Syifaa pun susah sangat nak buang air besar, kalau dapat buang air besar pun mesti menangis sebab sakit nak meneran. Najis dia keras-keras.

Bila dah discharge, doktor pesan , jangan pernah skip bagi and boleh tukar susu lain if Syifaa tolerate well. Alhamdulillah sekarang umurnya 9bulan dengan berat 7.5kg. Walaupun dia tak normal macam anak-anak lain tapi dia sangat kuat. Untuk baby macam Syifaa yang ada masalah CHD ni memang
sangat fragile. Orangnya mudah sakit. Kalau dia baru dekat dengan budak yang hingus, malam atau
esok pagi mesti dia dah develope demam and hingusan.

Ingat lagi masa dia umur 6 bulan, Syifaa terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Puncanya sebab
terhidu bau asap rokok. Yup! Walaupun bau tu sangat jauh tapi effect dia sangat cepat! Masa tu dia
terpaksa warded hampir seminggu sehinggakan antibiotik dua jenis kena bagi sebab suhu tak kebah-kebah badan dsh resistance dengan antibiotik . *sobsobs*  Masa tu, orang raya kitorang terperap dalam rumah sebab takut dia terkena lagi.
Diagnosis pneumonia

Sekarang, kitorang more to precaution. And always menjaga hygiene. Syifaa is a very fragile baby like i mention earlier. Dia tak boleh sebarang handle. Tersilap sikit je mesti dia akan dengan mudahnya demam, selsema and batuk. Belum lagi sakit mata berair-air. 

Wahai ibu-ibu diluar sana. Eventhou anak ibu sihat, tak bermakna mereka tak fragile. Bersyukur kerana tak dikurniakan anak yang mempunyai masalah kesihatan. Trust me! It’s not easy to handle a
baby with health problems. Setiap kali anak suhu lain je, mesti i akan capai termometer. Kalau bawah 37, memang lega sangat. Kalau atas 37, memang menggigit jari je. Bila badan dia susut, Anna paling
risau sekali. Mujurlah Anna bekerja sebagai  staffnurse jadi tahulah macam mana nak handle orang demam kan.

Ingat lagi beberapa minggu yang lepas, pengasuh watsapp kata Syifaa badannya panas, tak sampai 15 minit dia dah meragam and having spike fever. Yeap! She is very fragile. Langsung tak boleh expose pada mereka yang tak sihat. Even baru touch up sekejap je, lepas tu mesti dia akan sakit juga. Boleh dikatakan tahun ni , muka Anna, Syifaa and suami je yang ulang alik klinik kesihatan sampai mereka kenal kami dah. Tu belum Lagi kepenatan ulang alik HkL bila Syifaa tak sihat.

So, please becareful ya. Elak dari terdedahkan anak kita. Kesian mereka . Mereka kecil lagi tak faham apa itu sengsara. Sebab tu bila sakit je diorang akan menangis, sebab diorang hanya dapat expresskan rasa melalui tangisan. So, love your kids and they’ll truely love you 3000 back .

Sincerely, me.
9months old baby girl

10 Aug 2019

Mom’s talk | First time i’m being a mom ii

First time i being a mom

Hai semua!! Lama sangat dah tak sentuh blog. Start stop kejap blog sebab banyak benda perlu diselesaikan. 

So, apa khabar semua?? 

Hari itu dah ada first talk of being a mom . Now, untuk second chapter. Well..... untuk semua orang memang akan mengalami macam-macam pengalaman tak kira untuk first, second or third born. Like mine?? Ofcourse tak kurang juga.

For this second episode, i’m going to talk about how i raised my baby. So, i’ll share some experience such as ,

Barang-barang baby yang wajib ada sepanjang berpantang dikampung.

  1. Pampers and wipes
  2. Bengkung baby (5helai prefer zap on)
  3. Bedung baby (atlest 3 helai)
  4. Baju lubang-lubang (sebab cuaca kadang panas )/ Tops / Rompers (7 helai cukup )
  5. Buaian (if needed)
  6. Sarung tangan and kaki bayi
  7. Sapu tangan
  8. Lactulose untuk lembutkan najis (wajib kalau ada masalah sembelit but minta nasihat doktor first
  9. Shampoo mandian bayi 
  10. Nappy cream ( sebab takut bahagian punggung beruam ) 
So, ini antara barang yang Anna prepare bawak balik kampung. Senang je. Tak perlu banyak-banyak sampai kembung beg. Sebab dekat kampung selalunya kita sebulan je. Barang pun basuh and pakai semula. 

Sepanjang proses berpantang ni apa yang paling Anna stress is bila benang jahitan masih belum kering. So, apa cara dia is setiap kali lepas mandi or buang air make sure korang kena cuci elok-elok sampai kering. Tapi don’t stress yourself sebab benda tu akan tercabut sendiri slowly.

But, something happened to me. Anak Anna mengalami kekuningan yang quite high. As time fly, weight dia pun berkurangan. Memang cengkung la.
Katanya sebab salah penyusuan. 

Masa checkup 2 bulan, doktor arahkan Anna bawak syifaa ke Emergency sebab Syifaa suspect ada jantung berlubang. This is the reason kenapa Syifaa kurus je. Masa dekat hospital, memang agak penat dan stress. Well, bukan senang baru nak berjimba dekat rumah tetibe kena warded. Tengok anak kena cucuk amik darah setiap hari memang rasa nak menangis tau!

Sekarang Syifaa dah 9 month old and tak lama lagi dia akan dapat injection. So, lepas kejadian tu, doktor pakar nasihat Anna untuk berikan Syifaa minum susu premium sebagai energy booster dia. Alhamdulillah! Everything went well and sekarang berat seiring umurnya. 

Inilah pengalaman Anna menjadi first mom. Korang bagaimana pula??

 2 month old in the hospital

8month coming to 9 month old after gave her Enfalac a+

3 Aug 2019

How to use a product without spatula or spoon

Tahukah Anda ?? 💡

Any clay mask, scrubs, or apa saja dalam bekas, elakkan dari menggunakan jari walaupun sudah dibersihkan.

Yes! Takde sudu atau apa pun untuk dikorek. Then buy a spatula atau guna sudu plastik KFC . Ini sebab nak elak dari berlakunya contamination.

Apa tu contamination??

Maksudnya, berlakunya kerosakkan disebabkan oleh sentuhan. Sebab kita tak tahu tahap kebersihan jejari kita pada produk tersebut. 

Benda-benda macam ini is very fragile. Sebenarnya bahan itu telah disterilekan. That’s mean, ia telah di nyahkuman supaya produk tersebut bertahan lebih lama dan disarankan simpan bekas tersebut dikawasan yang jauh dari air dan suhu yang tinggi. Tetapi, ada sesetengah dari kita unaware and lack of knowledge berkenaan dengan perkara sebegini. So, sentuhan itu perlu.

Jadinya, lepas ni kalau boleh beli spatula atau sudu plastik ya. Barulah selamat untuk digunakan 😉 Love your skin ♥️


18 May 2019

Mom’s talk | First time i being a mom

Hai alls! Serius lama betul tak sentuh blog ni. Nak karang ayat pun tak sempat. Boleh dikatakan beberapa minggu ni busy so much! By the way, selamat berpuasa semua!

So, suddenly i rememorized back the time i gave birth to my princess. Now she is 6 month old. She is my first born. Sepatutnya tarikh yang diberitahu doktor is 12/11/2018 tapi dia nak jenguk dunia awal plak. So, dia keluar 8/11/2018. Alhamdulillah! Segala process dipermudahkan. Start dari pukul 1 pagi i sakit sebab false alarm tapi slowly the pain getting quicker. Dalam pukul 2 pagi my husband bring me to the HKL EMERGENCY. Masa tu bangunan ibu dan anak tak siap lagi. So, i was there and the doctors was checking on me. Boleh tahan sakit juge menahan false alarm ni. Masa tu segala jejari menjadi sejuk. Tak tahu nak kata. Teringat segala dosa dosa yang Anna dah kumpul. Masa tu memang istighfar sepanjang rasa sakit. 
Masa ni dia baru 6 month old. dan bersedia everyday kena gigit dengan i.

Dalam pukul 6 after cuncun azan Subuh. They bring me to the labour room sebab staffnurse cakap dah bukak 5 cm. (Bila teringat balik kenangan sakit labouring ni aduh! Trauma!) . Lebih kurang 2 jam jugelah I struggle dalam labour room ditemani husband I. Dia antara makhluk Allah yang paling excited nak tengok process labour. ( Baru dia tahu betapa sakitnya nak melahirkan ). 

Alhamdulillah by 8.28 am My first born , a baby girl with weight 2.59kg named Nur Syifaa Anaqi. Serius macam tak percaya je masa tu. Terasa ringan sangat badan bila perut dah kosong. And happy gila sebab dah ada peneman baru. ^^

so, sepanjang process berpantang Anna, macam macam yang Anna kena hadap. But, apa yang Anna boleh katakan, be cool and chill for every circumstances. Berpantang is not easy and dalam pantang lagilah tak easy. Sebab kita akan handle dengan emosi dan sebagainya. So, bagi yang ada duit lebih tu if nak upah orang jaga masa berpantang tu bolehla...sebab kalau berpantang dengan mak sendiri kena tahan bebelan. hikhik!

First time jadi mak kan, well is not easy beb. Semuanya kekok jadinya. How to handle a baby when she needed breastmilk. how to handle baby nak mandi? and etc .....

So, untuk first time pengalaman, my mom helps me alot! Thank MA! Serius tak semudah yang disangkakan. Bukan senang nak pegang baby yang baru freshly keluar dari perut naknak kecik keding tu. Salah pegang boleh jatuh or hurt them tau!

Tapi, masa Anna lagi berapa bulan nak bersalin tu baru Anna beli barang siapsiap. Taknak awal2 sebab lagipun masa tu Anna tak tahu jantina baby. Serius setiap kali nak scan je mesti dia kepit. Ouh Stress! haha... But as long that dia sihat okayla kan. So, Anna beli benda2 penting macam

  1. Maternity pad jenama Intimate well easy to handle 
  2. pampers anak paling penting!!
  3. Maternity bra 
  4. baju baby untuk dia pakai for sepanjang 100 hari sebab nanti selepas 3 bulan body shape lari dah!
  5. Barang mandian.
Sebenarnya kalau ada budjet lebih beli lah lebih. Tak apa.... nanti guna juge. Oh by the way, nanti orang yang datang bagi hadiah pun banyak so memang korang boleh jimat dari situ dah sebenarnya. Nanti bagilah nama anak siapsiap senang korang nak isi borang nanti. Nak nak kalau korang jenis yang lepas berpantang akan balik kampung macam Anna. So, senang nanti husband korang nak pergi JPN daftar nama baby. Macam Anna plak, Anna bagi nama and tarikh lahir then dia pergi je. Baby lahir Kl so daftar pun Kl.

HMMMM....untuk para ibu yang bakal bersalin, semoga dipermudahkan segala urusan okay. Don't yell Don't shout just chill. Banyakkan beristighfar dan ingat Allah. Ingat yang baik baik , sebut yang baik baik. 

bye!!

Good morning earth people!!

 Good morning!! I woke up early today !! Seperti biasa , Anna akan cari Cuckoo dulu for a sips of plain water everyday . Actually is good ta...