Hai guys!! Rasanya baca tajuk je korang dah boleh faham apa yang Anna cuba nak cerita kan.
Ya!! Anna nak share experience Anna selama menjadi PUS dan PUI. And ofcourse masa ni Anna 30 weeks pregnant. hehe... Kalau baca description covid 19 ni mesti akan korang terbaca bahayanya C19 ni pada ibu mengandung. Why?? Kalau korang nak tahu lebih detail boleh tekan pada gambar yang Anna paste tu tau.
Anna kena quarantine sebab collegue ada close contact dengan kenalan dia. Kenalan dia bagitahu positive covid. Mereka berjumpa on 2 Jan kiranya dah lebih dari 3 hari kawan Anna tu expose dengan kenalan dia. Means virus2 pun sempat membiak dalam badan dia. Because they have a very close contact and without any self protection. Iaitu pakai face mask and always sanitizer on.
Anna start close contact on 8 /1/ 2021 dan dikira itu adalah hari pertama Anna mula quarantine juge. Boleh dikatakan sangat menganggu kehidupan dan pekerjaan Anna. Kerja tertunggak and terpaksa meminta tolong orang lain untuk menggantikan tugas kita itu juga satu bebanan buat kita. Sampai je rumah, Anna terus mandi dan basuh baju before husband Anna balik. Dekat rumah, memang selama 10 hari itu jugelah Anna pakai facemask. Bilik air berasingan (mujurlah ada 2 bilik air). And sanitizer always on! Siap beli UVC untuk uv rumah tau. Bukan apa... untuk keadaan sekarang ni memang kena beware always. Lagi-lagi bila rumah Anna ada budak kecik. Oh btw, lepas Asar macam tu Anna start rasa perit tekak and sakit kepala.
I woke up with a new norm as a quarantine PUI sebab masa ni tak tahu lagi member satu office result positive atau tak. Bancuh air mop dengan clorox which it quite helps. Bila masa nak cari air dettol kan so kita pun gunalah inisiatif lain. I mop my house every second. Serius tak tipu. Oh ya! Since Anna tinggal rumah family ( rumah tinggalan arwah ayah just me and my husband and a daughter), So bilik semua occupied kecuali bilik yang Anna stay sekarang. Since kena quarantine, so i stay dekat ruang tamu tidoq atas lantai ja. Hampa boleh imagine kan?? Pregnant 30 weeks. Emosi terumbang ambing. Dengan takutkan baby dalam perut , risaukan result , anak plak nak dekat dengan kita. Gosh what a terrible day for me!! For one whole day, memang Anna pakai face mask and sanitize my hand always. Mop lantai every 10 seconds sebab kita bergerak kan.
Bangun seperti biasa. New norm as always since day 1 tau. Then harini adalah my 1st swab. Sepanjang perjalanan nak pergi buat swab dekat office kan, rasa macam bercampur baur. Macam-macam dalam fikiran sampai nak menangis ke, nak gelak ke yang tahu dalam hati ni dok runtunnnnn ja. Berdoa banyak-banyak result negative. After one hour, Anna pun sampai destinasi, and nak bagitahu ya, pengalaman berswab ni is not easy best tau!! Ya allah! Tuhan saja yang tahu macam mana peritnya rasa itu. Masa doktor swab tekak, memang dok tahan supaya tak tersembur tu pun after dia angkat swab tu terus terbatuk macam nak muntah. Masuk plak kot hidung, ini lagi perit guys!! Dengan air mata merambu keluaq tau. Pastu rasa macam nak bersin tak jadi, perit pun ya.. MashaAllah, emosi pregnant Anna sangatlah terumbang ambing. Then keep on praying supaya result negative. Then, after few hours dapat tahu result is Negative. Masa tu leganyaaaaa tak tahu nak kata. Mujur jugelah masa nak buat swab ni, no any simtom yang teruk . Cuma ada rasa sakit kepala and batuk gitu-gitu je.
Walaupun first swab result negative and kemudian tu no simtom macam yang Anna bagitahu tapi kan still kena berjaga-jaga. Weyh! Masih tak tahu lagi yaaa sebab in 10 days anything can happen tau! Virus C19 tu akan start membiak on 3rd day tau. Jadi, jangan pelik kalau kita kena quarantine lama-lama gini. Better safe than sorry kan.
Sampailah hari yang dinanti-nantikan. Iaitu 2nd swab . That day dapat result lambat sikit berbanding 1st swab. Tapi, Anna memang redha dan yakin result negative. No simtom and no fever pun lepas dah rasa macam-macam jenis simtom sebelum tu. So, i wait until Magrib dan Alhamdulillah memang seperti yang dijangkakan it is NEGATIVE! Masa tu memang ucap syukur banyak kali. Sebab, kalau my result this time positive, i'll be straightway to Emergency tau. Tu yang risau and takut. So, bila second swab ni negative, i berani mendekatkan diri dengan family but still beware. Cumanya, masih under quarantine my self from outside la. Bukan apa... keliling kita banyak orang tua, takut nanti kang diorang nervous ke ap ke kan...
My last day of quarantine is on 17/1/2021 and it was my day 10 of quarantine. Rasa macam nak buat pulut kuning sebab esoknya dah free haha! Tapi,lepas dari kejadian ni i become more sensitive and lebih berhati-hati dengan semua orang. Lantaklah orang nak kata kita paranoid? Takut? hey... if anything happen to you then won't bother tau!
Alhamdulillah siap juga karangan panjang2 ni. Hope korang boleh jadikan ini sebagai iktibar dalam hidup seharian korang. Kalau boleh please be more carefull. Yang ada attach dengan close contact and ada simtom please jumpa doktor terus. Jauhkan diri korang daripada semua orang and don't give fake reports!! This thing happened to me and my collugue disebabkan manusia yang selfish that give us fake report. Okaylah! I have to stop now. See ya guys! Hope korang enjoy membaca dengan apa yang Anna kongsikan.
ps: Always pakai mask, sanitize and cuci tangan tak kira dimana pun korang. InshaAllah terlindung korang dari benda jahat ni.
No comments:
Post a Comment