Tajuk : my experiences from 1 January 2021- 15 January 2021
Assalamualaikum and Hai semua!! Apa khabar semua? Tadi masa tengok last post is on November. Nampak sangat Anna mental imballance since then until now barulah ready untuk mengarang ayat. Ini pun nak buat simple je. Just to share what had happened to me.
Dengar cerita covid cases rising kan? ALLAHU..... Semoga Malaysia baik-baik saja . Once kita jadi PUS (PERSON UNDER SURVEILLANCE) , PUI (PERSON UNDER INVESTIGATION) then barulah (POSITIVE COVID or NEGATIVE COVID) . Selagi tak dapat first swab result memang rasa nervous tak terkata. Ada yang menjadi salah satu daripada tiga kategori ni? Anna dah merasa menjadi dua kategori dan syukur Alhamdulillah result semuanya Negative. Anna doakan semoga semuanya baik-baik aja baik yang baru lepas buat swab, baik yang belum dikategorikan antara tiga-tiga tu dan juga yang sihat sentiasa. Ada rezeki, Anna akan kongsikan pengalaman Anna kena swab dan sepanjang dibawah kuarantine selama 10 hari.
#staysafe #alwayssanitizeandwearmask #stayathome #stayclean
Dalam pada nak cerita pasal covid ni, Anna nak share some good news juge. Alhamdulillah, Anna dah start my Degreee in Nursing and mengharapkan doa dari semua. Doakan Anna berjaya and every sem bolot DEKAN. kakakakaka... tamak kan?? hehehe... Since Anna sekarang pregnant and I'm going to 8 month old pregnancy nervous tak tau nak habaq ni!! Hopefully everything going smooth. Serius takde nak belagak ke apa tapi bukan senang nak sambung belajar semasa mengandung and ada anak 1. Korang boleh imagine tak? Siapa yang ada pengalaman macam Anna ni meh muncoiiiiii!!! Hahaha....
My pregnancy kalini is second pregnancy tau. Jadi , yang first child umur dah pun 3 tahun. But still young and tak faham pape sangat lagi kan. So agak mencabar. Imagine eh, kalau kita pegang pen and papers or buku kan... dia pun menyibuk nak juga. So, mostly Anna akan hanya buka laptop and buku bila dia tidur. Dapat satu jam tu dah bersyukur sangat dah. Anna sambung Degree kalini dekat OUM (Open University Malaysia Petaling Jaya Learning Centre) in Bachelor of nursing science with honours. Bila tengok subject yang diambil mostly quite tough and tak sama macam kita belajar masa Diploma. Haritu ada try apply UITM tapi takde rezeki. Maybe tak cukup kriteria kot.... Yelah siapa suruh main-main masa Dip dulu. haishhhhhh..... tapi tak apa.... life must go on as usual kan?! *sambil buat penumbuk bersemangat!!*
Hopefully untuk 2021 walaupun nampak macam tahun yang quite disaster, kita sebagai umat Islam dan juga bukan islam jom sama-sama mendoakan kesejahteraan bumi kita. Kita nak hidup lama, mesti korang pun rindu nak merayap dekat mall macam selalu. Keluar without face mask. Tak perlu nak carry hand sanitizer apa semua. Ni baru jejak setapak dua dah terlupa semua tu nak kena patah balik ambil. Mencabar juga. Semoga sepanjang PKP 2 minggu ni, cases menurun seperti awal-awal haritu. Rindu nak bumi bersih dari sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment