6 Apr 2019

Throwback

Hai alls! How was your day?? I’ve been silent for few days ofcourse mencari ilham. Tapi tulah, busy teruk gak sampai banyak yang tercicir. Macam ni la bila dah kerja dengan orang. Doakan impian Anna and husband nak bukak business sendiri tercapai eh. When 1000 people who scroll my feed but 50 people make a doa for me it’s not impossible kan. ^^

So, harini rasa macam nak throwback sikit which i had stated on my watsapp status. Bila dah jadi mak ni teringat macam mana kita masa dahulu. Anak yang selalu sakitkan hati mak. I’m an orphan. My dad passed away when i was 12 years old. Car crash. Orang langgar. So, orang yang paling Anna rapat the most dah tak ada. Kitorang 3 beradik tak rapat sangat pun dulu. Jumpa je gaduh. Buat apa pun gaduh. Rasa sangat tak puas hati everyday. Time tidur je tak gadoh. Haha!
Sajurrr update

Kadang rasa macam bersalah sangat dekat mak sendiri sebab jadi anak yang useless dulu. Cari kasih sayang dengan orang lain ( not love hokey!). So, memang tak rapat dengan mak sendiri. And dia pun memang lebihkan adik lelaki banding kitorang anak gegirl. But now, bila kita semakin membesar slowly kita akan nampak kesilapan kita. Kesilapan dalam tidak mencari masa untuk diluangkan dengan mak sendiri. Bila kita sendiri jadi mak, lagilah kita terasa hati dengan diri sendiri.
My family

Walau teruk mana pun dia, masa Anna nak bersalin tu dia mendoakan kemudahan untuk Anna. Alhamdulillah Anna amik masa 2 jam sahaja untuk melahirkan Syifaa. Ingat lagi masa tu Anna hampir satu hari menghadap false alarm sampailah 1 tengah malam terasa sakit perut nak membuang. Memang sakit perut nak membuang pun. Lepas je selesaikan hajat tertunggak tu, makin kuat rasa sakit. Call husband then tak lama lepas tu dia tengok Anna semacam then pujuk pergi hospital. 

Sampai emergency tu, doktor cek apa semua katanya baru 1cm and suruh Anna balik. Tapi, Anna cakap dekat dia, Anna tinggal 15km dari sini and rumah flat is it safe for me? Mula tu dia kata okay je... then dia cakap dah lewat malam ni so dia suruh admit je. Sempat lagi dia cek bawah dan tolong buka sikit bukaan. 

Masa nak tunggu procedure admission tu, perut terasa sakit makin kuat. Hadoiiii nebesnya mak! Yelah! Tak ready nak hadap rasa sakitnya bersalin tu. Masa tu Anna memang always istighfar dan mintak bile masuk labour room tu Anna takkan menjerit. Sampai je ward, staffnurse entertain Anna. Katanya, dia pelik tengok cara Anna menahan sakit. Macam dah terbukak banyak je. Then dia and seorang doktor pun cek bukaan. Sekali dah 5cm. Memang menggelabahlah diorang terus tanya labour room ada kosong ke tak. Alhamdulillah sepanjang nak bersalin dipermudahkan. Masuk labour room lepas azan subuh selesai. Sampai je labour room , dapat plak staff yang baik2 belaka. Then tahan sakit for 2 hours, keluarlah anak gegirl yang comel diberi nama Nur Syifaa Anaqi.

 She was one day old age

Bila keluar je baby, memang terasa legaaaaa sangat! Terasa macam batu besar dah dialihkan dari menghempap badan. Memang bersyukur sepenuhnya sebab semuanya berjalan lancar. Then staffnurse mandikan baby apa semua. Lepas tu tunggu husband azankan baby. Masa tu rasa macam, indahnya dunia ni. Macam tak percaya aku dah jadi mak. Is it??

Masa tulah terpikir, how did my mom manage to stand the pain for 24hours. Katanya, anna ni dah sakit on 30hb but keluarnya 31hb. Terukkan! Haha...
Masa tulah niat and nekad nak berubah. Nak jadi anak yang lebih baik. Taknak berkurang ajar dah dengan dia. Then, startlah process berpantang. 

Nantikan sambungan kedua Anna dengan bertajukkan meroyan tau!! 


No comments:

Post a Comment

Good morning earth people!!

 Good morning!! I woke up early today !! Seperti biasa , Anna akan cari Cuckoo dulu for a sips of plain water everyday . Actually is good ta...